Quantcast
Channel: #tetau
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26

Maaf Kawin Tidak Jemput

0
0

Salam dan selamat sejahtera.

Setelah genap sedekad lama nya, inilah post paling latest aku cuba sampaikan pada semua.
Kalau dulu mood nak ber blogging tu kalau boleh sesaat 3 post akan cuba update tapi sekarang menjelang usia monopos ni selera untuk ber blogging semakin hilang.Boleh dikatakan 3tahun sekali baru update. *kekeke

Melihat pada gambar di atas komfem2 korang ingatkan pelakon awal sehari ke tu kan? Tidak mengapa, dah terbiasa sangat dah orang selalu tersilap antara aku dengan awal. Kadang2 tu siap ade yang nak mintak sign dekat dada tapi aku cuba tepis permintaan mereka sebab dada orang tu banyak bulu.Takut tak lekat ink.

Lupakan lawak hambar di atas dan sebenarnya aku nak cerita pasal binik pertama aku ni. Yang warna merah tu. Ala besela dapat binik baru, binik pertama komfem2 la batak sikit nak bagitau semua. Sape2 pon mesti macam aku punye, puiii la nak nafikan tidak. LOL

Binik yang aku maksudkan bukanlah perempuan atau isteri tapi kereta. Peringkat pertama seorang lelaki tu mesti ada kereta, then barulah cari isteri. Ade sesetengah orang beli rumah, tapi aku tak mampu lagi nak beli rumah, mahal woi.

Aku bersyukur pada Allah telah banyak memberikan rezeki kepada aku dan seluruh keluargaku baik dari segi kewangan, harta dan kesihatan. Inshallah diberkati. amin

Ramai tanye aku biler nak kawin, aku bukan tak nak kawin tapi umur aku muda lagi lah. Aku bajet 25 ke atas, x pon 30 ke bawah. haha.. Bukan ape, kawin awal nampak sangat mak bapak support, aku malu kawin guna duit mak bapak, kalau korang tak malu xpelah. hahaha

Dan nak minta maaf sebab tak jemput kalian datang wedding aku, bukan tak nak jemput tapi aku kawin dengan benda bukan manusia hahaha..


Sekian saja secebis nukilan dari ku. BYE...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 26

Latest Images